Video Budak Perempuan Asyik Hidu Gam Jadi Viral!!

adsense 336x280


Ishh! Ishhh! Kesian betul kat mak bapak sekumpulan gadis tu yer, siang malam bertungkus lumus bekerja mencari duit untuk menyara anak-anak pergi belajar.. Tapi si anak pulak buat perangai tak guna!!
Dihantar pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu supaya menjadi orang berguna dan berjaya kelak tapi anak-anak lebih suka nak jadi ‘hantu’.. Ponteng sekolah dengan kawan-kawan tu dah satu hal, dah tu boleh pulak dorang hidu gam.. Perempuan pulak tu.. Sedap sangat ke hidu gam tu?? Dah ‘sampai’ ke bulan belum??
Maklumlah menghidu benda-benda terlarang macam tu, boleh dibuai dengan pelbagai imaginasi yang bukan-bukan.. Betul tak?? Bukan setakat dorang berdua jer ada kat situ, ada lagi dua minah sengal di situ yang sedang menghidu gam jugak.. Tak kira yang bertudung atau tidak, semuanya boleh jahanam!
Dah la buat benda bodoh, lepas tu rakam dan muat naik di media sosial pulak.. Tak tahu la Miss nak cakap bodoh jenis apa budak-budak ni.. Rakaman video yang menunjukkan aksi dorang tengah sakan menghidu gam tu, telah pun menjadi viral.
Pada mulanya Miss tengok video tu, ingatkan dorang sekadar lepak biasa-biasa atau sedang ‘belajar’.. Tapi bila tengok aksi dorang menghidu plastik di tangan, Miss dah rasa pelik dah.. Bila diperhatikan betul-betul, rupanya budak-budak ni tengah menghidu gam.. Terkejut Miss…
Cetek betul dorang punya pemikiran! Dorang tak sedar ke perbuatan dorang tu boleh merosakkan otak dorang?? Korang pun tahu kan, menghidu gam secara berterusan boleh merosakkan otak.. Silap hari bulan, boleh jadi gila.. Bermasalah betoii! Haishhh!
Miss harap mak bapak kat luar sana dapat memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak mereka.. Beri perhatian kepada pergaulan dorang bersama rakan-rakan sama.. Kalau leka sikit, inilah jadinya.. Bila dorang dah terlibat dengan perbuatan yang tak bermoral, mak bapak juga yang pening nak memikirkannya.. – MissHana/Utaranews



adsense 336x280

0 Response to "Video Budak Perempuan Asyik Hidu Gam Jadi Viral!!"

Catat Ulasan