Video Perompak Ganas Samun 7 Eleven Jadi Viral Di Media Sosial.

adsense 336x280


TELUK INTAN - Sebuah kedai serbaneka 7 Eleven di Taman Anson, mengalami kerugian lebih RM1,500 selepas disamun dua lelaki pada jam 1.50 pagi, semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superitendan Yahaya Hassan berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian terdapat dua pekerja sedang bekerja di dalam kedai berkenaan.

"Ketika sedang bertugas mereka didatangi seorang lelaki India memakai baju belang putih biru serta berseluar pendek yang meluru masuk ke dalam kedai tersebut.



"Suspek seterusnya menolak mesin pengira wang kearah salah seorang mangsa dan terus mengambil laci duit daripada mesin berkenaan yang berada di kaunter," katanya dalam satu kenyataan semalam.


Tambahnya suspek kemudiannya terus melarikan diri bersama seorang lagi rakannya yang menunggu di luar kedai tersebut menaiki sebuah motosikal dipercayai jenis Honda EX5.

"Hasil pemeriksaan sejumlah wang dari tempat simpan wang berjumlah RM1,500 berjaya dilarikan suspek," katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian sehingga jam 6.30 petang semalam mendapati video samun yang dimuat naik di laman Facebook Teluk Intan - Official telah dikongsi oleh 643 pengguna laman berkenaan.Sinar Harian







adsense 336x280

0 Response to "Video Perompak Ganas Samun 7 Eleven Jadi Viral Di Media Sosial."

Catat Ulasan