Wanita Maut Kereta Dihempap Cangkuk Kren..

adsense 336x280


Kuala Lumpur, 25 Ogos - Seorang wanita maut apabila keretanya dihempap oleh besi dari sebuah kren pembinaan di Jalan Bukit Bintang berhampiran Pavillion sebentar tadi.

Menurut Harian Metro, bomba berkata, mangsa maut ditempat kejadian dalam insiden yang berlaku pada kira-kira jam 7 malam itu.

Menurusi foto kejadian yang dimuat naik, bumbung kereta jenis Perodua Kelisa mangsa dilihat lenyek akibat dihempap oleh besi tersebut.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Boma dan Penyelamat KL, Azizan Ismail, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.21 malam.

Sebaik pihaknya tiba, seorang wanita didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Kejadian berlaku akibat cangkuk kren pembinaan di kawasan berkenaan terjatuh dan menghempap kereta yang dipandu mangsa.

"Anggota bomba menggunakan peralatan hidraulik untuk mengeluarkan mangsa," katanya.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - Siakapkeli.my




Foto : ondscene.my

Foto : ondscene.my

Foto : ondscene.my
Foto : ondscene.my

adsense 336x280

0 Response to "Wanita Maut Kereta Dihempap Cangkuk Kren.."

Catat Ulasan