Briston, 10 Ogos - Seorang pekerja stesen keretapi terkejut apabila menerima satu notis cukai yang tidak masuk akal dari kerajaannya.
Sebagai seorang pekerja stesen keretapi, Giles Hembrough, terkejut dan menitikkan air matanya kerana tidak dapat menahan perasaan lucu disebabkan jumlah yang dinyatakan itu langsung tidak masuk akal - iaitu sebanyak £14 trillion (RM 72 trillion).
Giles menerima notis yang menyatakan dia 'mungkin membayar terlalu sedikit dari jumlah keseluruhan cukainya' itu selepas dia pulang dari pub.
Notis dari Her Majesty's Revenue and Customs (HMRC) itu menulis : "Kami fikir jumlah yang anda pinjam dari HMRC adalah £14,301,369,864,489.03.
"Apabila saya perasan tentang angka di bawah itu saya terpaksa bertenang seketika. Saya sangat terkejut kerana ia nombor yang sangat besar", kata Giles.
Giles menambah, dia kemudian menelefon HRMC dan memberitahu wanita di talian bahawa kod yang diterimanya adalah salah.
"Apabila dia buka fail saya, dia berkata 'Oh, besarnya jumlah tu. Nampaknya ada orang tertidur atas keyboard semasa buat kerja'.
Kini, ralat itu sudah pun diperbetulkan dan Giles berkongsi kisah lucu itu beberapa kali kepada keluarga dan sahabatnya.
Menurut Giles, sekiranya notis itu adalah bil cukai yang betul, dia terpaksa membayar ansuran £1.2trillion setiap bulan - atau terus membayar dengan kadar cukainya sekarang sehingga 369 juta tahun ke hadapan untuk melangsaikan hutang cukai itu. - Siakapkeli.my
Sumber : http://metro.co.uk
0 Response to "Pekerja Stesen Keretapi Terkejut Dapat Notis Cukai RM 72 Trillion"
Catat Ulasan