Selalunya apabila memandu kereta, kita akan menggunakan tangan untuk mengawalnya.. Betul tak? Tapi tidak bagi lelaki ini.. Beliau didapati telah memandu kereta menggunakan kaki, kerana tangannya sedang ‘sibuk’ bermain game didalam telefon bimbit.. Hebat tak?
Kalau dia bermain game masa kereta tu berhenti, tak apa lah jugak.. Ini tidak, boleh pulak dia main game di telefon sambil kenderaan itu bergerak.. Kakinya pula digunakan untuk membelok dan membunyikan hon kereta..
Cara pemanduan lelaki itu bukan sahaja membahayakan dirinya sendiri, malah turut membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.. Kalau dia seorang jer yang ditimpa nahas tanpa melibatkan orang lain, bagus lah.. Sebab itu memang salah dia sendiri kerana tak bagi tumpuan ketika memandu!
Tapi kalau dah melibatkan nyawa orang lain, tak ke sia-sia? Disebabkan kecuaian dia, orang lain yang ditimpa malapetaka.. Mungkin kali ni dia bernasib baik kerana tidak terlibat dengan apa-apa kemalangan..
Kejadian ni telah dirakam berlaku di Puning, China.. Pihak polis masih mencari lelaki tersebut, dan jika didapati bersalah beliau akan disiasat atas kesalahan melanggar peraturan jalan raya..
Mengikut rakaman video, polis mengatakan lelaki tersebut memandu dalam kelajuan sekitar 80km sejam.. Miss harap pihak polis dapat menahan lelaki tersebut.. Jika dibiarkan, Miss takut dia akan membahayakan nyawa orang lain.. – MissHana/Utaranews
0 Response to "Pandu Kereta Menggunakan Kaki Kerana Terlalu ‘Asyik’ Bermain Game"
Catat Ulasan