Gajah Bergading Unik Ditemui di Sabah..

adsense 336x280

KOTA KINABALU, 11 Ogos: Seekor gajah unik ditemui oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah di Tawau.

Gajah itu kelihatan mempunyai gading yang terbalik - seolah-olah seperti taring harimau pra-sejarah yang dikenali sebagai 'saber-toothed tiger'.

Saber Toothed Tiger

Penolong pengarah jabatan itu, Dr. Sen Nathan berkata pasukannya menemui gajah itu ketika mengalihkan sekumpulan gajah dari Felda Umas, Tawau ke satu tempat baru.

"Ini merupakan penemuan yang sangat jarang berlaku, tapi semua gajah ada keunikan tersendiri", kata beliau.

Gajah-gajah itu akan dilepaskan ke dalam satu kawasan hutan yang dikawal.

Gajah Borneo Pygmy disenaraikan sebagai spesies terancam di bawah Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam dan Sumber Asli atau IUCN. - Siakapkeli.my




Sumber : NST
adsense 336x280

0 Response to "Gajah Bergading Unik Ditemui di Sabah.."

Catat Ulasan