KUALA LUMPUR 13 Okt. - Seorang pengguna yang menggunakan nama Facebook Syahir Sepet ditahan di imigresen Hong Kong gara-gara mukanya di gambar pasport 'tidak sama kurus' dengan mukanya sekarang.
Menceritakan pengalamannya itu, Syahir berkata kejadian itu berlaku pada bulan 8 baru-baru ini.
"Sebab wajah aku lain. Dulu masa aku perbaharu pasport tahun lepas(Oktober), aku memang gemuk, jadi bulan Januari dulu aku mula diet. Jadi kuruslah
"Kena tahan dalam 30 minit juga di depan imigresen dan kena jawab soalan-soalan ni:
"Boleh saya tahun nama awak?
"Bila tarikh lahir awak?
"Apa tujuan datang sini?
"Ini pasport awak kah?
"Kamu kurus sekarang, banyak buat senaman kah?
Selepas itu, Syahir kemudian mengemukakan soalan sama ada gambar di pasportnya perlu ditukar agar perkara yang sama tidak berulang kembali.
Mengulas perkara tersebut, jurucakap Jabatan Imigresen menasihati pemegang pasport Malaysia agar menghubungi pihak kedutaan Malaysia di negara yang dilawati jika berhadapan dengan masalah dokumen perjalanan tersebut termasuk berkaitan perbezaan wajah pada gambar dan keadaan sebenar.
Katanya lagi, itu adalah langkah terakhir jika usaha penerangan dan menyakinkan pegawai bertugas di pintu masuk sesebuah negara menemui jalan buntu.
Jelas jurucakap itu pasport negara mengandungi ciri-ciri keselamatan tinggi termasuk biometrik yang boleh mengesahkan seseorang itu adalah pemilik dokumen rasmi tersebut.
“Malahan, pasport Malaysia menepati piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO),” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.
Masalah yang dikongsi beliau menerusi laman Facebook dan mendapat perhatian netizen itu berlaku hanya kerana gambar pada pasport tidak sama dengan wajah sebenar yang telah kurus selepas mengikuti diet selama dua bulan.
Jurucakap Jabatan Imigresen berkata, perubahan bentuk fizikal seseorang daripada gemuk kepada kurus atau sebaliknya tidak memerlukan individu terbabit menukar pasport baharu.
“Adalah menjadi satu kesukaran kepada pemegang pasport untuk menukar pasport setiap kali berlaku perubahan fizikal dari gemuk ke kurus atau sebaliknya.
“Jika dia berada di luar negara, kita nasihatkan mereka yang menghadapi masalah berkaitan pasport untuk menghubungi kedutaan bagi mendapatkan bantuan,” katanya
Sumber : Utusan Online
0 Response to "Viral Ditahan Kerana 'Wajah Gemuk Jadi Kurus': Tidak Perlu Tukar Pasport, jelas Jurucakap Imegresen"
Catat Ulasan