JOHOR BAHRU: Tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengalami kebakaran pagi ini, Lapor Berita Harian.
Dalam kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi itu, wad ICU dua tingkat berkenaan yang terletak di bahagian selatan hospitla telah terbakar.
Pesakit turun di bawa turun dan ditempatkan di tempat letak kenderaan (tapak berhimpun untuk kecemasan) di perkarangan HSA.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap.
Operasi masih diteruskan dan sehingga kini masih belum ada laporan rasmi daripada pihak polis, bomba dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung kejadian berkenaan.
0 Response to "(Video&Gambar) Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah Terbakar"
Catat Ulasan