KOTA KINABALU, 5 Okt - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas sejumlah RM52 juta wang tunai dipercayai hasil aktiviti rasuah membabitkan pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan di Sabah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Bakri, rampasan wang tunai itu merupakan rampasan terbesar yang pernah dilakukan SPRM dalam tempoh 49 tahun.
Daripada jumlah itu katanya, sebanyak RM45 juta dirampas daripada pengarah terbabit manakala RM7 juta lagi dari timbalan pengarah.
"Kesemua wang tunai itu dirampas di pejabat dan rumah kedua-dua pegawai kanan kerajaan itu.
"Wang tunai itu juga memerlukan masa selama 15 jam untuk dikira membabitkan seramai 30 anggota," katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.
Menurut beliau, pihaknya bagaimanapun masih belum dapat menilai jumlah keseluruhan barang kemas yang turut dirampas.
Sementara itu, BH Online melaporkan antara barang yang dirampas termasuk barangan mewah, barang kemas dan juga kenderaan mewah pengarah dan timbalan di Sabah.
Sumber : Kosmo!
0 Response to "SPRM Rampas RM 52 Juta , 30 Anggota Ambil Masa 15 Jam Untuk Kira"
Catat Ulasan