Udara Segar Dijual Dengan Harga Semurah 60 Sen Sebungkus, Orang Ramai Serbu Untuk Hirup

adsense 336x280

China - Orang ramai mulai beratur untuk membeli bungkusan udara segar selepas satu beg udara itu dijual pada harga yang murah iaitu 60 sen sebungkus di pusat beli belah Xi'an pada Isnin.

Menurut laporan Tencent, udara itu mengadungi PM2.5 sebanyak 65 mikrogram per meter padu, lebih tinggi dari piawai WHO yang menetapkan 25 mikrogram sahaja. Namun tidak pasti dari mana udara itu berasal.

Xi'an merupakan salah satu bandar di China yang mengalami masalah udara tercemar yang teruk, lebih-lebih lagi pada musim sejuk.




Satu kajian menunjukkan, bernafas dalam udara cemar di China mungkin akan menyebabkan nyawa seseorang itu berkurangan sebanyak 25 bulan. Satu lagi kajian mendapati 4 juta rakyat China didapati menghidap kanser pada 2015.

Sebelum ini, beberapa usahawan inovatif telah berupaya membuat duit dengan situasi pencemaran udara itu dengan menjual udara segar dari Kanada dan Australia pada harga yang premium. - Siakapkeli.my

Sumber : shanghaiist
adsense 336x280

0 Response to "Udara Segar Dijual Dengan Harga Semurah 60 Sen Sebungkus, Orang Ramai Serbu Untuk Hirup"

Catat Ulasan