Taman Ini Bertukar Menjadi Tasik Pada Musim Panas, Musim Bunga

adsense 336x280

Gruner See atau “Green Lake” adalah sebuah tasik di Styria, Austria yang terletak betul-betul di kaki gunung Hochschwab.
Apa yang uniknya tentang tasik ini ialah ketika musim sejuk, kawasan ini akan kering sepenuhnya dan ia menjadi sebagai sebuah taman yang sesuai untuk membuat aktiviti seperti hiking dan macam-macam lagi.
 Tetapi apabila suhu mula meningkat ketika musim bunga, ais dan salji di atas gunung mula mencair dan memenuhi kawasan rendah. Paras air meningkat dari satu ke dua meter di musim sejuk dan sebanyak 10 meter pada musim bunga atau awal musim panas.
Tempat unik ini turut menjadi tumpuan penyelam untuk meneroka fenomena yang jarang-jarang berlaku.


adsense 336x280

0 Response to "Taman Ini Bertukar Menjadi Tasik Pada Musim Panas, Musim Bunga"

Catat Ulasan