Nursakinah Hilang di Perancis Sejak Ahad

adsense 336x280



KUALA LUMPUR: Norsakinah Naim, 19, pelajar Malaysia di Institute University of Technology (IUT) Roanne di Normandy, Perancis hilang sejak Ahad lalu, bukan Jumaat seperti dilaporkan sebelum ini.

BH Online melaporkan, lokasi pelajar itu dipercayai hilang juga bukannya di Paris tetai Normandy di utara Perancis yang terletak kira-kira 140 km dari ibu kota negara tersebut.

Menurut laporan, Norsakinah dikatakan keluar dari kediamannya pada jam 12 tengahhari waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) dan kehilangannya disedari rakan serumah kira-kira jam 8 malam waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia).

Pegawai kedutaan Malaysia di Perancis ketika dihubungi berkata, sebaik menyedari kehilangan Norsakinah, rakannya itu terus menghubungi pihak kedutaan sebelum membuat laporan polis di Paris.

"Sejurus laporan polis dibuat, pihak kedutaan terus menghubungi keluarga mangsa bagi memaklumkan mengenai kehilangan Norsakinah.

"Kita juga ada menghantar pegawai ke IUT untuk mendapatkan maklumat daripada pensyarah dan rakan-rakannya di sana. Di sana (Roanne), kita buat satu lagi laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut dan menyerahkan kes itu kepada polis.

"Sebarang perkembangan terkini mengenai kehilangan Norsakinah akan dimaklumkan terus kepada keluarganya," katanya.

Sumber : BH Online
adsense 336x280

0 Response to "Nursakinah Hilang di Perancis Sejak Ahad"

Catat Ulasan