(Video) Mat Redho Berjaya Lepas Pusingan Kedua 'Ninja Warrior' Vietnam, Kibar Jalur Gemilang Dengan Megah di Vietnam

adsense 336x280

Vietnam, 28 Ogos - Rakyat Malaysia yang bertanding dalam pertandingan Sasuke Vietnam (Ninja Warrior versi Vietnam) berjaya melepasi pusingan kedua pertandingan tersebut yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam acara tersebut, Mat Redho, yang memakai baju bertemakan jalur gemilang, dengan lancar menghabiskan aksi tersebut dengan masa 34 saat sahaja.

Disaat kemenangan, Mat Redho mengambil jalur gemilang yang dibawanya di dalam poket dan dengan bangga mengibarkan jalur gemilang itu di hadapan kamera televisyen dan penonton di pertandingan tersebut.

"Saya sangat gembira. Kita tunggu pula pusngan ketiga", kata Mat Redho selepas aksi terbabit.

Sebelum ini, Mat Redho pernah menjadi viral dalam kalangan netizen Malaysia apabila berjaya melepasi pusingan pertama pertandingan tersebut. - Siakapkeli.my


Mat Redho - Full versions..cube tengok ape dalam poket aku!! | Facebook
adsense 336x280

0 Response to "(Video) Mat Redho Berjaya Lepas Pusingan Kedua 'Ninja Warrior' Vietnam, Kibar Jalur Gemilang Dengan Megah di Vietnam"

Catat Ulasan