Gambar Hiasan
Seorang anggota polis marin yang telah dilaporkan hilang dua hari lalu telah ditemui dalam keadaan kebingungan di kawasan Sungai Rambai Melaka, semalam.
Dia dikatakan hilang selepas menumpangkan seorang wanita dengan seorang kanak-kanak dia mana wang yang dibagi oleh 'penumpang' berkenaan menjadi daun dan pihak polis tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan kejadian mistik.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, polis marin berkenaan dipercayai hilang ketika pulang dari Hospital Putra Batu Pahat ke Muar selepas menghantar isterinya.
"Kira-kira 6.30 pagi, Rahim balik seorang diri dari hospital Putra Batu Pahat ke Muar. Namun, dia tidak ke pejabat atau pulang ke rumahnya selepas itu."
"Pasukan Polis Marin Muar mencarinya dari laluan Batu Pahat ke Muar namun gagal. Telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mangsa berjaya ditemui semula di kawasan Rehat dan Rawat Sungai Rambai Melaka kira-kira 12.10 tengah hari selepas mengesan isyarat telefonnya.
“Mangsa dikatakan kebingungan dan memberitahu ketika balik dari Hospital Putra Batu Pahat, menumpangkan seorang wanita dan seorang anak.
"Ketika turun dari kenderaan, wanita berkenaan memberi wang kepada mangsa ketika dijumpai, mangsa mendapati duit berkenaan adalah daun, mangsa tidak mengalami sebarang kecerderaan." kata Abdul Wahib. - Siakapkeli.my
Sumber: Harian Metro, Bernama
0 Response to "Tumpangkan 'Seseorang', Duit Dibagi Jadi Daun, Polis Marin Hilang Dua Hari Lalu Ditemui Dalam Kebingungan"
Catat Ulasan