China - Seorang lelaki yang teruja untuk menyambut anak pertamanya 'secara tidak sengaja' menjalani pembedahan membuang buasir di sebuah hospital di Shenyang, China.
Insiden aneh itu bermula apabila lelaki bernama Wang itu sedang menunggu isterinya di hadapan bilik bersalin, yang secara kebetulan berada bersebelahan dengan bilik membuang buasir itu.
Pada mulanya, lelaki berusia 29 tahun itu sedang menunggu isterinya di luar bilik tersebut dan 40 minit kemudian, seorang jururawat akhirnya menjengah kepala keluar dan meminta Wang untuk masuk sebelum menyuruhnya menanggalkan seluar.
"Ketika saya menunggu di luar, seorang jururawat melambai memanggil saya masuk ke bilik bedah. Saya sangka mungkin isteri saya memerlukan sesuatu, jadi saya masuk", kata Wang menurut People's Daily.
"Bila saya sudah masuk ke dalam bilik bedah, jururawat menyuruh saya menanggalkan seluar dan berbaring di atas katil.
"Ketika itu saya sudah mula merasa pelik, tetapi saya fikir ia seperti isteri saya melahirkan anak. Jadi saya tanggalkan seluar
Foto Wang yang terlantar selepas pembedahan |
Selepas berbaring, Wang menunggu arahan seterusnya.
"Apabila saya baring di situ, saya terdengar bayi menangis dan saya mahu melihat anak saya, tapi punggung saya sangat sakit sehingga saya tak boleh bergerak", kata Wang sambil menambah dia tidak sedar yang dia sedang menjalani pembedahan membuang buasir sehingga pembedahan itu selesai dan doktor memanggil ibu mertuanya untuk memberitahu bahawa pembedahan itu berjaya.
"Sebelum itu tiada siapa yang beritahu saya ini adalah pembedahan buang buasir. Saya tidak menandatangan sebarang persetujuan, mereka tidak pernah menanyakan nama saya", marah Wang.
Selepas itu, Wang meminta penjelasan dari pihak hospital.
Hospital itu berkata insiden itu mungkin satu kesilapan dan menawarkan bayaran sebanyak 5,000 (RM3,000) untuk pampasan. Hospital itu juga berkata, lagipun Wang memang mempunyai buasir.
Tidak pasti sama ada Wang menerima wang pampasan itu, tapi jika dia terima, dia adalah bapa yang bertuah kerana dapat membuang buasir secara percuma, wang pampasan RM3,000 dan juga bayinya yang pertama. - Siakapkeli.my
Sumber : shanghaiist.com
0 Response to "Lelaki Tunggu Isteri Lahir Anak di Hospital Tak Pasal-Pasal Kena Bedah Buang Buasir"
Catat Ulasan