Belasah suami tak bagi duit

adsense 336x280

Bukit Mertajam: Lelaki cedera selepas ditinju isterinya kerana gagal memberikan wanita itu wang, di sini, semalam.
Dalam kejadian 6 petang di pangsapuri di sini, mangsa , 38, cedera di pipi dan dagu selepas diterajang dan ditumbuk kerana gagal memberikan wang kepada isterinya, 35. Difahamkan, isteri mangsa yang tidak bekerja meminta wang daripada mangsa yang bekerja sebagai mekanik untuk membayar hutang, namun mangsa memberi alasan tidak mempunyai wang kerana sudah digunakan bagi tujuan lain.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, isteri mangsa mengamuk sebaik mendengar alasan mangsa sebelum menumbuk dan menendang suaminya di muka.
Beliau berkata, dua anak pasangan berada di rumah ketika kejadian dan terkejut melihat pergaduhan berkenaan.
"Tidak tahan melihat mangsa dibelasah, anak lelaki mereka berusia 17 tahun cuba menahan ibunya sebelum dimarahi kerana berpihak kepada suaminya.
"Wanita berkenaan kemudian bertindak keluar daripada rumah dan membawa anak perempuan mereka berusia 15 tahun," katanya di sini, hari ini.
Katanya, polis masih mencari isteri mekanik itu bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro
adsense 336x280

0 Response to "Belasah suami tak bagi duit"

Catat Ulasan